JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGUASAI WAJAH ANDA
Semua orang, baik perempuan mahu pun lelaki inginkan kulit wajah yang bersih, licin, lagi cantik. Tapi tak semua orang memiliki kulit seperti itu. Namun, buat golongan anak muda, masalah kulit seperti jerawat serta breakout adalah antara masalah yang selalu dihidapi mereka. Terdapat beberapa faktor mengapa jerawat boleh timbul pada wajah seseorang. Ini termasuklah masalah hormon, genetik, pemakanan, serta faktor lain seperti penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan wajah. Terkadang, perkara ni pun kita tak perasan puncanya dari mana sebab tak semua orang sama. Tapi apa yang pasti, kita boleh ikhtiar untuk memulihkannya dengan cara jaga pemakanan kita, guna produk kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah kita, rajin bersihkan muka dan kalau ada masa tu, pergilah bersenam. Insya-Allah, jika kita boleh menjaganya dengan baik, pasti masalah jerawat ini dapat diatasi dengan sebaiknya. #AmooraSuperfood #jerawat